Sumbangan Prihatin Covid19
Surau Al Munir

 PENDAHULUAN-


Merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Menangani Wabak Covid-19, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) pada 31 March 2020 telah memutuskan pihak surau boleh melaksanakan program keprihatian setempat atau “Social Responsibality Concern (SRC)” sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bantuan sumbangan prihatin ini diberikan kepada HANYA kepada ahli kariah Surau Al Munir.

– OBJEKTIF-

menjadikan surau Al Munir sebagai pusat sehenti setempat atau “Social Responsibality Concern (SRC)” yang peka dan memahami keperluan sebenar ahli kariah yang hilang pendapatan dan memerlukan bantuan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

– SUMBER BANTUAN –

1. Dana Kewangan Tabung Surau hasil sumbangan ahli kariah 

2. Bagi yang ingin menyumbang bantuan kewangan, pihak surau telah mengambil inisiatif untuk melancarkan *Tabung Derma Prihatin Covid-19. Infaq dan sumbangan jemaah-jemaah sekalian boleh disalurkan terus ke akaun berikut:

8602233620 CIMB ISLAMIC BANK (Recipient Reference : Covid19)

Semoga infaq dan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan semua mendapat keberkatan dari Allah dan diucapkan ribuan terima kasih.

Hanya Allah dapat membalas jasa baik jemaah-jemaah sekalian. 

TEMPOH BANTUAN-

Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

SYARAT PERMOHONAN:
1. Ahli Kariah Surau Al Munir (Taman Warisan Bestari Fasa 1 dan 2).
2. Hilang punca pendapatan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan.
3. Mempunyai bilangan tanggungan isi rumah yang ramai.
4. Ibu tunggal, Warga Emas yang tiada sumber pendapatan

– KAEDAH PERMOHONAN –

Mengisi Borang Permohonan Online 

– KAEDAH SERAHAN –

Serahan secara kunjungan terus ke rumah penerima akan dilaksanakan oleh AJK Surau Al Munir mengikut Garis Panduan Penyampaian Sumbangan Prihatin Masjid Dan Surau Negeri Selangor Kepada Ahli Kariah Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

– Hanya dibenarkan seorang ketua keluarga menunggu dihadapan rumah semasa saluran bantuan dibuat.

– MAKLUMAN LANJUT HUBUNGI –

BIRO KEBAJIKAN SURAU AL MUNIR

Whatsapp : Encik Fazhli Roslan (011-2582 1903)

Sekian, Wassalam.

Khairul Nizam bin Talkili
Pengerusi Surau Al Munir,
Taman Warisan Bestari, Denglkil, Selangor

#StayAtHome
#FightCovid19
#SurauPrihatin

Bersedia untuk memohon?

Ahli kariah yang layak, sila lengkapkan permohonan secara dalam talian. Maklumat yang diperlukan ialah Nama, No. K/P, No.Telefon, Alamat Rumah dan Bilangan Ahli Keluarga (Tanggungan).

BORANG PERMOHONAN >>