Taman Warisan Bestari, Dengkil, Selangor

Aluan Pengerusi Surau

Khairul Nizam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi atas kurniaan Taufiq dan Hidayahnya, akhirnya Surau Surau Al Munir mempunyai Laman Web Rasmi sendiri untuk tatapan serta medekatkan lagi Surau Al Munir dengan semua muslimin dan muslimat amnya Warga Taman Warisan Bestari dan khususnya para pencinta ilmu dan Agama Allah SWT.

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang diutuskan sebagai Rahmat bagi sekalian alam. Juga ke atas keluarga, para sahabat dan mereka yang mengambil petunjuk serta beramal dengan Sunnahnya sehingga ke hari Kiamat.

Kepesatan teknologi dan ledakan maklumat yang begitu cepat berkembang merupakan salah satu cabaran yang perlu ditangani oleh umat Islam masa kini. Era langit terbuka yang sedang ditempuhi ini sebenarnya menyediakan pelbagai ruang dan peluang untuk dimiliki. Pada masa yang sama, ia juga menjadi ancaman serta cabaran yang perlu dihadapi dengan penuh iltizam dan dedikasi.

Dengan adanya Laman Web Rasmi Surau Al Munir, mudah-mudahan mampu mengukuhkan lagi dakwah islamiah dan penyebaran ilmu yang telah sedia didokongi oleh pencinta-pencinta agama Islam.

Disamping itu dapat memantapkan pengurusan pentadbiran surau bagi memudahkan surau dan ahli kariah secara online menerusi perkhidmatan semakan bayaran khairat kematian dan semakan pendaftaran ahli kariah.

Adalah menjadi harapan semoga Laman Web Rasmi Surau Al Munir dapat memberi sumbangan bermakna kepada seluruh umat Islam. Di samping itu sebarang cadangan mahupun teguran membina amat dialu-alukan bagi memperkemaskan lagi laman web ini demi faedah bersama.

Akhir kalam, semoga wadah ilmu dan dakwah ini akan dirahmati Ilahi demi menyumbang manafaat kepada seluruh umat Islam. 

 Sekian, Wassalam.

En. Khairul Nizam bin Talkili
Pengerusi Surau Al Munir,
Taman Warisan Bestari, Denglkil, Selangor