Taman Warisan Bestari, Dengkil, Selangor

Pengenalan Surau

Surau Al Munir ini telah dibuka secara rasminya pada 6 April 2016 di Taman Warisan Bestari, Dengkil, Selangor. Surau ini dinamakan Surau Al-Munir yang membawa makna cahaya. Surau ini telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan no. pendaftarannya adalah JAI.Sel.BPM/01/015/09/(18) pada 4 Disember 2014.

Surau ini kini dianggotai oleh kira-kira 16 ahli jawatankuasa lantikan MAIS dan 8 ahli jawatankuasa tambahan lantikan pentadbiran surau yang bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan penduduk di kariah Taman Warisan Bestari.

Surau Al Munir terletak di Kawasan Perumahan Taman Warisan Bestari Fasa 1 dan 2. Antara aktiviti yang telah dijalankan semenjak surau ini dibuka pada 6 April 2016 adalah seperti Kuliah Agama, Ceramah Agama Sempena Israk Mikraj, Solat Sunat Tarawikh di Bulan Ramadhan, Jamuan AidilFitri dan juga aktiviti Ziarah Menziarahi penduduk sekitar Surau Al-Munir.